Введение

Введение C - Galeri Pameran Jubli Perak

Galeri Pameran Jubli Perak ini mempamerkan sambutan sempena 25 tahun pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sebagai Sultan bagi negara yang bertuah ini. Awda boleh melihat secara lebih dekat salah sebuah alat kebesaran diraja yang digunakan bagi istiadat tersebut yang pasti menarik perhatian awda iaitu Usongan Diraja. Pakaian-pakaian beristiadat yang dipakai semasa istiadat tersebut diatur seolah-olah mereka sedang berarak.

 

Ruang ini dikelilingi oleh gambar guntingan rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam yang hadir semasa majlis gilang-gemilang itu. Di satu sudut ruangan ini menempatkan bendera-bendera berwarna-warni, manakala sekumpulan alat muzik yang dipanggil Gendang Jaga-Jaga, yang dimainkan sepanjang istiadat berlangsung, dipamerkan di sudut sebelah hujung lagi.

 

Untuk makluman awda, mengambil gambar mahupun merakam video adalah tidak dibenarkan di dalam galeri ini.

Tour stops

Отзывы

Отзывов пока нет

Написать первый обзор
A minimum rating of 1 star is required.
Please fill in your name.

Все аудиогиды в вашем смартфоне

Опубликуйте собственный аудиотур!

Используйте систему и мобильное приложение абсолютно бесплатно

Начать

App preview on iOS, Android and Windows Phone